gaul ke tak gaul?

salam....

lately ni ade banyak issue melibatkan kawan kawan surrounding. mcm ni lah. aku perhati. aku fahami. aku tafsir. aku buat kesimpulan.

1) kadang kadang kita rasa kita bes. tapi seeloknya jika kita diamkan sahaja kebes-an kite. mungkin bukan semua org suke. kalau nak cerita jugak, wajarlah jika anda tahu mengatur ayat. takut nanti nampak riak. bila dah riak, ade orang akan muak. bila orang muak, orang akan berkata kata samada sedar ataupon tak. dan bila orang mengata. timbullah krisis seperti sekarang. kadang kadang org akan ingt ape yg kita cakap. dan bila benda tak jadi, orang akan memandang enteng dan sinis kepada kita.

2)kita juga wajar mendiamkan diri. mungkin cara kite meng-sarcasm kan diri tidak sesuai. kata kata itu lebih tajam dari parang. jika kita tidak suka, bagi nasihat secara halus. kalau tak makan nasihat jugak, doa kan yg terbaik utk kawan kita. kalau takboleh doa jugak, kite wat derk je lah. mungkin sahabat terapat wajar memainkan peranan dalam menasihati aka slow talk. kawan kawan yg tak berapa rapat kalau tahu mcm mane nk tackle pon ok jugak. asalkan jgn ade yg berkecil hati. sbb bila dah berkecil hati mcm sekarang, it wont be easy to forget.

3)sebagai seorang lelaki, anda sepatutnya lebih matang. jika pernah wujud masalah antara teman teman. anda harus menjadi si pendamai. seorang lelaki itu lebih baik mendiamkan diri dan berfikir. bukan join sama orang orang pempuan pot pet pot pet. paham paham jelah orang pempuan ni panjang akalnye sejengkal. jadi jangan lah anda menambah kuah dalam nasi sehingga banjir. mencari salah silap dan bukannya mencari jalan penyelesaian. anda tahu masalah ini akan berpanjangan. jadi bertindaklah dengan lebih matang dan lebih bijak. hubungan sebagai rakan baik sudah menjadi keruh. aku percaya masalah ini harus diselesaikan melalui orang terapat *dalam hal ini pernah rapat*. mcm aku cakap. heart to heart.

4)aku pon ada buat salah. aku mengaku, aku ada mengata di belakang belakang. sebab kadang kadang perkara yg ko buat mendatangkan kemeluatan kepada semua orang. aku minta maaf kalo ko terasa. tp aku tak nak tgk menda ni panjang panjang. semua orang ada silap masing masing.

5)kita sume da besar panjang. bak kata mak aku. atas bawah dah berbulu. jadi sebelum buat pape. kite pk dlu. jgn da kne sedebik baru nk terngadah. kawan ni biar bawak smpai ke mati. tak bes le gado gado. ingat..kite ni hidup berkomuniti. bermasyarakat. ade org kate kubur masing masing. kubur kau kubur kau. kubur aku kubur aku. kalau mcm tu tanggapan nye. kau mandilah mayat sendri sendri. jgn harap orang mandikan mayat ko. oleh itu, sangatlah penting jika kite hidup bermuhibah.

pasni kite kne wat aktiviti meluahkan perasaan sambil keliling unggun api dan bbq! mesti kenyang perut sekor sekor.



p.s: mampus aku kne bambu ngn sume orang pasni. peace peace kacang peace! aaaaaaaa....lariiiiiiii!



ikhlas dari,

-DR LOVE-


8 comments:



Nazirul said...

my bad.sorry.

Liyana said...

walaupun aku xtau pape tp aku ske ayat2 telus sebegini.jadi harus aku mendoakan kesejahteraan kita semua kan~ semoga Allah memberkati urusan kte...

TPM BIOTECH RAUB said...
This comment has been removed by the author.
riaizzatirazali said...
This comment has been removed by a blog administrator.
riaizzatirazali said...
This comment has been removed by a blog administrator.
riaizzatirazali said...

jah. good entry. try to forget but sometimes it just slip of the tongue. sorry to drag u too sometimes.

towards a better life! ;)

pujah said...

yep! towards a better life~

Nazirul said...

Then lets forget about it.
Get a new life.

Tapi bahu yang memikul kadang2 lebih berat dari mata yang memandang.

Dan maaf memaafkan adalah perkara yang amat mulia.

Again, sorry... It's my bad.