Day 2

Day 2 : Nine things about yourself.


uno. baru je bagi duet raya kepada adik adik sepupu semalam. perasaan memberi duet raya sama seperti perasaan sudah bersedia untuk berkahwin. ho ho ho.


dos. mempunyai bilangan jerawat yang tidak termampu dibilang dek jari. mungkin hormon perempuan baru datang. waktu zaman remaja tadek plak jerawat tu nak datang. dah tua tua ni baru nak timbul. selain itu, aku juga baru mengerti ape itu kesakitan period cramp. sakit ya ampun! so betul lah kata mama, hormon perempuan ku baru nak aktif. cit!


tres. merasakan bahawa diri ini sudah dewasa. sudah hampir setahun bergelar pekerja. sudah hampir setahun membayar duet kereta sendiri. sudah hampir setahun memberi duet bulanan kepada ibu bapa. sudah hampir setahun belajar bertanggungjawab terhadap diri sendiri.


cuatro. jika anda bermain kutu dalam jumlah duet yang besar dan bilangan peserta kutu yang banyak, jangan jadi peserta yang pertama. singkirkan jauh jauh perangai anda yang gila nak shopping megasale raya di butik zara mng dan segala bagai. SINGKIRKAN! JIKA TIDAK ANDA AKAN MENYESAL! haru biru aku nak membayor duet kutu time turn org laen! uwaaaa!


cinco. mempunyai masalah split personality. pada satu masa boleh menjadi seorang mak tiri yang super garang super fierce! tapi pada satu masa pula boleh menjadi seorang yang kuat merengek dan kuat merajuk. i dont even get it with myself!


seis. seorang yang super ego. mempunyai masalah mahu menang dalam segala gala hal. kalau bergaduh pula sangat sukar utk mengaku silap dan meminta maaf.


tujuh. *dah taktau spanish dah* skang ni aku tak pose. hahahaha!


lapan. aku dah tadek idea nak tulis ape.


sembilan. oh sebelum mengakhiri coretan. saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!

0 comments: