saya anak orang kaya yang hebat berbahasa inggeris

Annoy dgn tajuk entri saya??anda patut annoy atau dalam bahasa melayu nya adalah sakit hati..entri kali ini saya akan cuba berbahasa melayu tanpa menggunakan bahasa rojak..bahasa melayu ya..bukan bahasa Malaysia..ini adalah pemikiran saya yang sayang akan bangsa dan bahasa ibunda saya..kerana orang india ada bahasa mereka..orang cina ada bahasa mereka..orang melayu sudah semestinya berbahasa melayu

Berbalik kepada entri kali ini..petang tadi sewaktu taklimat latihan industri..sangat membuak-buak perasaan..berkobar-kobar setelah mendengar ucapan prof dr badrul hisham yang sangat saya kagumi..kesimpulan yang saya dapat..majukan diri untuk persaingan yang mencabar di masa hadapan..(perhatikan ayat yang saya tebalkan atau bold kan ini)..

Persoalannya adakah anda layak selayak-layak nya untuk bersaing dengan puluhan ribu graduan di luar sana??

Sepanjang pengamatan saya yang hidup sebagai pelajar ipta selama 4 tahun..penguasaan bahasa inggeris atau English sangat mendukacitakan...namun ini tidak bermakna saya menyokong PPSMI..saya sama sekali tidak bersetuju dengan PPSMI!

Saya anak orang kaya yang hebat berbahasa inggeris..tidak!entri ini berbaur bunyi bongkak..saya hanya dilahirkan di kalangan keluarga pertengahan..bapa bekerja sebagai jurutera..ibu bekerja sebagai jururawat..kami kaya dengan kasih sayang..adakah saya hebat berbahasa inggeris??saya hanya boleh katakan bahawa saya adalah golongan yang boleh bertutur dengan YAKIN nya di dalam bahasa kedua Malaysia..

Rakan ada memuji saya tentang penguasaan English saya yang boleh dikatakan baik..biar saya tegaskan di sini..english saya tidak hebat..Cuma boleh bertutur dengan YAKIN..anda rasa anda di tahap mana??

Pernahkan anda fikir anak orang kaya tahu berbahasa inggeris dan cerdik?..anak orang yang kurang kaya tidak pandai berbahasa inggeris dan kurang cerdik?..kalau itu yang anda fikir..anda SALAH!buang jauh-jauh pemikiran anda..anda jauh lebih bijak dari mereka

Perhatikan di universiti anda.berapa kerat anak orang kaya yang boleh dikatakan anak jutawan?bapa bekerja sebagai pemaju hartanah atau kontraktor atau anak orang politik?boleh dibilang bdengan jari tangan sahaja.(tidak termasuk jari kaki).metafora ini menunjukkan betapa sedikit jumlah anak orang kaya dihantar ke ipta..kebanyakan pelajar di ipta adalah dari keluarga berpendapatan sederhana dan susah..dan golongan ini kurang fasih berbahasa inggeris..

di mana anak-anak orang kaya ini dihantar??semestinya ke ipts..lim kok wing..taylor’s college..keputusan spm yang hanya ada beberapa kerat A dituruti oleh B C D E dan F dan duit yang sangat banyak..itu sahaja tiket yang diperlukan untuk pergi ke ipts..yang lain nya bisa diatur oleh ibu bapa mereka..ya..anak orang kaya sangat bertuah..selepas spm boleh pergi melanjutkan pelajaran di ipts..terus ke kolej membawa bmw atau Honda jazz..pertuturan dan pakaian akan menjadi kebaratan..clubbing dan party adalah perkara normal..lalu mereka akan bertutur dengan hebatnya dalam bahasa inggeris..ingat rakan-rakan ku..mereka cuma anak orang kaya yang tahu menghabiskan duit ibu bapa..mereka tidak pandai..mereka hanya yakin berbahasa inggeris..itu sahaja sudah cukup untuk kita memandang tinggi kepada mereka..kerana gahnya mereka berbahasa inggeris sehingga tidak tahu berbahasa melayu

perhatikan pelajar ipta..lahir sahaja sudah berbahasa melayu..sehingga di ipta masih malu bertutur dalam bahasa inggeris..masih menggigil membentangkan projek di hadapan kelas..keyakinan diri rendah apabila berdepan pelajar cina dan india yang jauh lebih hebat dari pelajar melayu..english masih berterabur..grammar masih ke laut..adakah ini terjadi kepada anda?? sedih dengan keadaan yang tidak pernah berubah..ramai graduan yang menganggur..kenapa ini terjadi?fikirkan…

Saya pelajar ipta yang tidak memandang ringan perkara ini..adakah anak orang kaya sahaja yang layak berbahasa inggeris??tidak sama sekali!

Jika saya ceritakan hidup saya mesti ramai yang tidak percaya..saya dilahirkan di Terengganu..saya dibesarkan di felda kelapa sawit sahaja..dikelilingi oleh warga myanmar,kemboja Vietnam dan thailand..hanya makan MC Donald buat pertama kali pada umur 8tahun..ya..saya sangat kampung! apa yang akan saya kenang jasa ibu bapa saya adalah mereka tidak memandang enteng tentang pelajaran..sejenak saya berumur 4tahun saya sudah reti membaca buku..buku cerita pertama yang saya dapat bertajuk ‘my school’..wah!kenapa sukar yang amat untuk membaca buku bahasa inggeris ini mama??namun itulah cabaran yang berjaya saya tempuhi hingga sekarang..walau saya yakin bertutur dalam bahasa inggeris..saya masih makan nasi dan ulam bercicah kan sambal belacan atau budu..

Pernah sekali saya menyertai program National Chemical Engineering Society di UTM..saya dapat lihat pelajar melayu sungguh terasing..seperti mereka ini minoriti..ini kerana seluruh program adalah di dalam bahasa inggeris..ya..itu tidak mendatangkan masalah..namun rata-rata peserta program adalah orang india dan cina yang hanya bertutur bahasa inggeris sepanjang 3hari program diadakan..apa yang menyedihkan adalah pelajar melayu ini seperti ada jongkong emas yang sangat berharga di dalam mulut..malu..segan..sehingga ada yang menyesal datang ke majlis ilmu sebegini..saya rasa sangat marah..geram dengan mereka yang bijak hanya di atas kertas peperiksaan tetapi sangat cetek pemikiran dan rapuh keyakinan di dunia yang nyata..english adalah pembunuh keyakinan diri pelajar melayu..tidakkah anda sedih dengan hakikat ini?

Jika anda mahu Berjaya..buang perasaan malu anda itu di dalam longkang..fikirkan cara untuk anda ubah masa depan anda dari sekarang..binalah keterampilan diri mulai sekarang..paling tidak anda boleh mula membaca surat khabar inggeris..membaca reader’s digest atau novel..tengok rancangan tv inggeris tanpa perlu melihat alih bahasa melayu nya..mula bercakap dengan diri sendiri dalam bahasa inggeris..ya..saya gemar bercakap dengan diri sendiri dalam bahasa inggeris..pelik tapi benar..

Ingat rakan-rakan ku..tidak semestinya anda lahir dengan pelbagai loghat yang pekat..terengganu atau Kelantan..anda lahir sebagai anak orang susah..anda boleh membaculkan diri dengan memilih jalan untuk mendiamkan diri dan tidak berkomunikasi dalam bahasa inggeris..ini bukan lah tiket untuk anda terus terusan menjadi hamba kepada perasaan segan dan tidak yakin..anda golongan yang bijak jika anda Berjaya mengatasi darah gemuruh anda..jika anda tidak mahu ini terjadi kepada anak-anak anda..sematkanlah ilmu yang tinggi di dalam diri anak-anak anda sejak mereka lahir..jangan bunuh kemajuan bangsa melayu kita!

3 comments:



AmiEr SidhQie said...

Gaya penulisan yang penuh dengan semangat. Saya kagum. Mahasiswa Penggerak Negara!

bulatan™ said...

bulat like this...

(gaya komen lam facebook)

riaizzatirazali said...

nice one. really inspiring. keep up the good work! i do agree with what you wrote.

it's all about confidence, then only the competency will come along. ;)